Friday, August 18, 2017

Rugi ohh


(Buat masa ini saya tengah sibuk menguruskan hal peribadi dan kaki yang patah masih kurang sihat.. Jadi saya tidak dapat update blog sehingga awal tahun depan. Sementara waktu ini saya hanya repost status dari Facebook saja. Harap maklum)


"Rugi ohh you masuk Islam, ini tak boleh makan itu tak boleh minum.." sudah biasa dengan kritikan sebegini apabila kawan lama ketahui saya dah Islam.

Saya tak rugi, sebaliknya yang rugi adalah orang yang terpedaya dengan godaan duniawi yang fana sehingga melupakan akhirat yang kekal.

Setiap manusia tetap diuji dengan berbagai jenis bentuk godaan di atas dunia namun ia bukannya bermaksud kita hendaklah menghentikan sebarang nafsu kerana kita bukan malaikat.. Pada hakikatnya Islam menyuruh kita "menguruskan" nafsu dan jangan melampaui batas. Contohnya makanan.. Memang khinzir diharamkan tapi ia tidak merugikan sedikit pun, dah makin banyak masakan cina muslim yang berjaya menghasilkan masakan cina tradisional yang jauh lebih lazat daripada yang non-halal.

Berbagai jenis minuman tetap boleh dihidang kecuali yang memabukkan.. Kerana Islam menyuruh kita menjaga akal hati dan tidak memerosotkan diri sendiri. Apakah kita menjadi insan yang "rugi" kerana menjaga kesihatan akal kita sebagai suruhan Allah?


Biar nampak rugi di duniawi tapi untung di akhirat.

Tuesday, July 18, 2017

Cerita Kedai Kopi




Semalam kami sekeluarga makan sarapan pagi di suatu restoran Hainan.. Bila pelanggan dah ramai sangat kami terpaksa menunggu meja kosong, sehinggalah seorang uncle cina panggil dan suruh kami kongsi meja dengannya..

Hampir setengah jam menunggu masih belum sampai lg makanannya. Tiba2 hp uncle berdering dan nampaknya dia tengah berbicara tentang bab bisness dengan kawannya.

"How can you do like that.. You know that's kind of betrayal if you ever do that to me, that's not what we promised with the deal right? "

Tuesday, April 4, 2017

Projek Wakaf Quran Terjemahan Cina


Projek Wakaf Quran Terjemahan Cina Info/cara wakaf : 012-3979998
wakaf2u.blogspot.com


Alhamdulillah.. Senaskah Quran terjemahan cina dan senaskah Kitab Hadis Shahih Muslim telah diberikan kepada saudara Razif Lai yang memeluk Islam tahun lepas.

Beliau pernah menghubungi saya sebelum memeluk Islam lagi dan mengatakan bahawa beliau sering tertarik dengan laungan azan dari masjid. Jika berlalu masjid mesti berhenti sekejap waktu laungan azan sebagai tanda hormat.

Semenjak Razif Lai mengambil keputusan memeluk Islam, beliau terus pergi ke PUSBA sg petani melafaz syahadah dan mempelajari Islam di sana beberapa bulan. Walaupun tentangan kuat daripada pihak keluarga, Razif Lai tetap mengaji Islam sehingga sekarang..

Mohon doa-doakan untuk saudara kita Razif Lai terus beristiqamah dalam Islam.

Friday, March 31, 2017

Nama Islam Di Negara China

Cardboard Syahadah terjemahan cina yang dihadiahkan oleh Muhammad Zheng
"Bilakah anda memeluk Islam semasa masih berada di China?" beberapa tahun lepas saya sempat berkenalan dengan seorang China Muslim di masjid cina, Ipoh. Beliau bersalam dengan saya dan kami mula berkenalan.

"Saya pun kurang pasti apakah tarikh sebenar saya memeluk Islam. Sebab saya tak perlu berdaftar dengan kerajaan China pun.. Yang penting saya telah menjumpai kebenaran dalam Islam, kemudian saya terus menjadi Muslim.. Kira-kira tahun lepas mcm tu saya menekad untuk bersolat bersama jemaah."

Muhammad Zheng berpakaian jubah putih dan serban, mukanya berseri dan bertutur bahasa mandarin yang asli.. Tiada sebarang campuran bahasa inggeris ataupun bm. Saya gemar berkenalan dengan Muslim yang berasal dari luar negara, daripada perbezaan kebudayaan kita boleh melihat persamaan yang kita dapat capai sebagai umat Islam.

Monday, February 20, 2017

Rotan



Teringat waktu saya umur 8 tahun selalu melepak dengan kawan2 ke pasar malam pada pukul 9 malam.. Masa tu siap melintas padang besar yang gelap, tak nampak wajah orang langsung.. Tapi itu la shortcut orang ramai berjalan kaki ke pasar malam dalam taman perumahan. Tak pernah risau diculik ataupun takut terserempak dengan warga asing..

Sampai la sekali kawan2 ajak naik basikal pergi ke pasar malam, saya pun naik la beramai2 dengan kawan.. Balik2 rumah bapa terus rotan saya kao2. Kaki merah habis kena sebatnya..

Esok hari pula kawan gelak pada saya ni kata tak berguna, naik basikal pun kena rotan.. Padahal mereka relak je. Sejak malam tu saya sekali pun tak naik basikal malam2 lg.. Masih berjalan kaki ke pasar malam juga lepas tu. 

Saturday, February 11, 2017

Ikhwan Ng berdakwah melalui 'bakkwa'




Sebarang Order boleh hubungi : 012-3979998


Artikel ini disiarkan dalam Metro Harian pada : Jumaat, 13 January 2017
http://www.hmetro.com.my/node/196733

Kusyi Hirdan
kusyihirdan@gmail.com


Penulis memang sering melihat makanan ini apabila ke pasar raya atau melalui kawasan tumpuan masyarakat Cina. Daging salai. Ia berwarna kemerah-merahan dan berbentuk segi empat serta nipis. Ia dipanggil bakkwa. Di Indonesia ia dipanggil dendeng Cina.

Melihat ciri-ciri lahiriahnya, memang ia seperti masakan resipi dendeng apabila keadaannya sedemikian nipis. Di Medan dan Jakarta, pernah merasa daging dendeng yang digoreng nipis setelah diperap dan rasanya sedap namun teksturnya agak keras.

Sebenarnya cara menghasilkan bakkwa tidak sama dengan masakan dendeng yang perlu ditumis dan dimasak lama jika mengikut resipi versi Malaysia. Daging salai bakkwa ini menggunakan daging cencang, diperap dengan bahan perisa, diratakan supaya menipis di dalam bekas dan kemudian dibakar.

Selalu hati tertanya-tanya, bagaimanakah rasa bakkwa ini terutama apabila ia daripada daging ayam? Tapi hajat itu dipendam saja kerana tahu ia tidak halal.

Apabila mengetahui sudah ada keluaran yang halal, tentu saja ingin merasanya. Ia dijual oleh Ikhwan Ng, yang berpusat di Taiping, Perak.

Jenuh juga merancang pertemuan dengan Ikhwan supaya dapat mendengar sendiri dia bercerita mengenai bakkwa ini. Namun jarak antara kami membuatkan ia tidak mudah direalisasikan sehinggalah pertengahan Oktober tahun lalu apabila penulis ke Taiping kerana menganjurkan program ziarah amal dan menceriakan wad 14, Hospital Taiping.

Kunjungan ini dimanfaatkan untuk bertemu Ikhwan dan bakkwanya.

Friday, January 20, 2017

Halalan Toyyiban

Siaran di Suratkhabar Metro, 13 Jan 2017

"You tahu tak I sudah berapa tahun tak makan bakkwa? I memeluk Islam pada umur 18 tahun, sekarang umur saya pun sudah 40 tahun.."
"MashaAllah.. Dah 20 tahun lebih! "

"Ya.. Bila tengok fb you kata ada jual halal bakkwa, saya teringin mahu cubanya."

Salah seorang cina muslim yang menelefon saya untuk order halal bakkwa/ayam salai/chicken dried meat dan sambil berbual.. Kami bersetuju memang amat sukar untuk mencari berbagai jenis makanan tradisional cina yang halal. Terutamanya beliau telahpun mencarinya sehingga 20 tahun lebih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...