Wednesday, August 12, 2015

Analogi Dakwah



"Dah berikan buku2 kepada kawan non muslim, tapi nampaknya dia masih belum berminat bacanya.. kita doa2kan ye " saya menerima mesej daripada seorang sahabat, saya telahpun tolong poskan beberapa buku pengenalan kepada islam dan al Quran kepada kawannya yang non muslim.

Dakwah bukannya perkara mudah untuk dijalankan. Ia seumpama kita tanamkan benih di dalam tanah, menyiram air, letak baja, pastikan suhu sesuai dan tidak dipijak binatang.. Namun sekian lama menyiram air, mungkin benih akan tumbuh daun kecil dan akar, mungkin tidak.

Dalam hati semua orang mempunyai benih ini, ia dinamakan sebagai "fitrah". Adakah benih dalam hati ini tumbuh menjadi pokok yang tinggi dan berbuah ataupun terpendam begitu saja amat bergantung kepada rangsangan dari luar.

Allah telah menanamkan benih dalam hati untuk mencari Pencipta yang satu. Namun selepas lahir sebagai bayi kita merangkak dan menyesuaikan diri dengan dunia. Belajar bercakap, berinteraksi dengan orang, menulis.. sehinggalah baligh baru mempunyai minda yang mampu berfikir.

Hanya hebat dalam urusan duniawi adalah masih tidak mencukupi, biarpun pakar dalam bidang astrologi, sosiologi, medical, accounting.. hati masih kosong dan memerlukan Tuhan. Maka atheism melihat agama2 sebagai pengisian jiwa kosong, ia hanya berfungsi sebagai penembus dosa dan guilty tanpa memerlukan kebenaran yang hakiki.

Orang yang belum mengenali Islam seumpama benih masih tanam dalam hatinya. Ia masih belum tumbuh dan berbuah.. ia disebabkan tiada sesiapa pernah menyiram air atasnya. Air yang saya maksudkan adalah "Ilmu Tauhid", yakni mengenali Pencipta yang satu. Ia datang daripada ayat al-Quran yang diturunkan oleh Pencipta sendiri, menyeru umat kembali kepadaNya, bertakwa, beribadat dan taat hanya kepada Allah yang satu. Bukan pujaan idola, taghut, manusia, sebarang yang hidup mahupun yang mati.

Benih yang disiram kelmarin hari tak semestinya nampak hasil hari ini. Ia amat menguji kesabaran kita yang menyiram air yakni sampaikan mesej Islam. Allah menyuruh kita sampaikan mesej dengan sabar dan bersopan, sampaikan ayat Quran dan bukannya andaian sendiri semata-mata. Sebagaimana Nabi Muhammad saw dimaki dan caci oleh masyarakat, namun beliau hanya sabar dan teruskan penyampaian ayat Quran kepada semua.

"Tanah" adalah seumpama hati. Ia boleh menjadi subur dan benihnya mudah tumbuh.. juga boleh jadi keras dan tidak subur. Juga bermaksud ada sebahagian orang yang menangis apabila mendengar seruan Allah melalui al Quran, ada pula yang ingkar dan melawan mesej Islam. Dimana manusia telahpun berpecah kepada dua golongan besar samada beriman kepada Allah ataupun beringkar secara keseluruhannya.

Menjalankan kerja dakwah memang bukan perkara mudah. Kita perlu menyiram air secara berterusan dan sabar, hanya sedikit kekasaran juga boleh membuntukan pertumbuhan benih dalam hati. Kemudian adalah tanah subur ataupun keras dan tidak bermaya? Apakah kita boleh terus menyiram air sampai tanah lembut walaupun mengambil masa bertahun? Adakah kita sentiasa mencari method yang berkesan untuk menjaganya?


Maka pelajari cara berdakwah daripada Quran sendiri..

Allah SWT berfirman:
Surah An-Nahl, Verse 125:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


Kerana "benih dalam hati"..yakni fitrah tetap tanam dalam hati oleh Pencipta. Sebagaimana roh telah berikrar:


Surah Al-Araf, Verse 172:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


Kemudian mengenai "menyiram air",yakni sampaikan ilmu daripada Quran.


Surah Ash-Shura, Verse 52:

وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,




Maka begitulah perjalanan pahit manis demi sampaikan risalah Islam. Kerana saya juga seorang hamba Allah yang dahulunya mencari-cari Pencipta dan erti kehidupan yang hakiki.




2 comments:

  1. Di terima atau tidak dakwah itu bukan kerja kita kan? Hidayah kan milik Allah SWT.
    Semoga nanti kita boleh membela diri " saya telah menyampaikan agama Islam kepada mereka(non-muslim)".
    Teruskan usahamu.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberi jalan untuk menambah baik usaha dakwah ini👍🏻

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...